Thursday 27 September 2012

Apa itu perekabentuk dalaman? interior designer?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum saya terjun ke dalam bidang rekabentuk dalaman ini atau lebih popular jika saya menyebut 'interior design', pengetahuan saya terhadap bidang ini sangat minima dan hampir kosong. Dalam hati saya terfikir, alamak bidang apa ni dan terfikir macam mana nak survive dalam dunia pekerjaan.

Berbalik kepada tajuk di atas. Apa itu interior designer?? tukang deco rumah macam Eric Leong kah? Jika anda menganggap interior designer sama macam Eric Leong, maka anda telah menyalah anggap tentang bidang ini. Eric Leong bukanlah contoh seorang interior designer. Dia juga tidak pernah mendapat sebarang pendidikan atau kelulusan tentang interior design. Tugas beliau di dalam rancangan CASA IMPIAN bukanlah mencerminkan seorang interior designer.
Interior design merupakan salah satu kerja renovation dalaman rumah dan melibatkan lukisan dan kerja-kerja teknikal. Jadi, 'memotong bunga' dan menghias bukanlah tugas sebenar seorang interior design. Ia 
cuma kerja-kerja decoration sahaja.

Justeru, skop pekerjaan seorang interior designer merangkumi  tugas :

  1. Menyediakan pelan 2D iaitu mesti mempunyai pengetahuan AutoCAD
  2. Menyediakan pelan 3D iaitu mesti mempunyai pengetahuan terhadap salah satu perisian 3D sebagai contoh, 3D Max Vray, SketchUp dan InteriCAD
  3. Melawat dan mengukur 'site' ( untuk seorang designer mesti ada measuring tape atau lebih advanced measuring laser )
  4. Mengenalpasti jenis material yang terkini dengan harga supaya design selari dengan konsep dan harga
  5. Menyediakan detailing/lukisan kerja yang terperinci.
Secara asasnya, pembinaan peabot 'custom made' adalah sinonim dengan seorang interior designer. Terdapat 2 kemungkinan 'dunia' pekerjaan iaitu :
  1. Interior designer/Sales interior designer yang bekerja di showroom 
  2. Interior designer/3D visualiser yang bekerja di syarikat consultant
Di dunia yang pertama, anda bekerja di sebuah syarikat yang kecil. Anggaran pekerja yang tidak lebih dari
10 orang. Syarikat menerima pelanggan melalui 'walk-in client' di dalam showroom ataupun bos anda keluar
mencari pelanggan. Biasanya, gaji anda( jika anda Sales) tidak besar kerana anda dibayar mengikut komisen 
pelanggan yang anda berjaya dapatkan Tetapi, anda harus ingat, bekerja di syarikat kecil banyak membantu 
 mengetahui selok -belok perniagaan sedikit demi sedikit. Maklumlah, bos mahu jimar pekerja jadi 1 pekerja 
cover untuk tiga kerja..hehehe

Dunia kedua pula memberi anda peluang komunikasi yang luas, komuniti yang ramai dan lebih meriah. Setahu 
saya tidak banyak syarikat konsultant menawarkan gaji lumayan kepada interior designer melainkan anda
bekerja di bawah satu syarikat yang sangat besar dan syarikat 'cina'. Konfem gaji tinggi. 


Interior designer dan plan tidak dapat dipisahkan

2 comments:

  1. terbaik kak...
    saya belajar bidang architecture... tapi saya minat ID

    ReplyDelete
  2. gaji dia berapa jek? lumayan ke?dia terlebihkan kepada kreativiti ke?

    ReplyDelete